Daurah Ilmiyah “Kifayatul Akhyar” Bersama Syekh. Dr. Mustafa Abu Sulaiman

May 20, 2015 by

Pengajar Ma’had Ihya’ulum Pasir Mas Bersama Dr. Mustaha
Abu Sulaiman
Senin 18/05/2015. Pondok Pesantren Tahfidz Ihya’ul Ulum Pasir Mas Kelantan pada hari senin 18/05/2015 kedatangan Tamu Agung Beliau Adalah Dr. Mustafa Abu Sulaiman dari Mesir. Seorang ulama yang terkenal dengan ilmu Hadistnya. Pada Kesempatan itu Beliau Dr. Mustafa abu Sulaiman berkesempatan untuk memberikan pencerahan ilmu yang dikemas dalam Bentuk Daruroh Ilmiyah selama 2 hari. Dalam Darurah Ilmiyah itu Beliau membacakan kitab Kifayatul Akhyar dan di Bacakan Bab Ashoum (puasa).

Pada Darurah ilmiyah ini semua Pelajar Putra dan Putri wajib mengikuti baik dari tingkatan kelas Alim, Kelas Pondok, Serta pelajar Tafaqquh. Selain dari Pada Pelajar ada Beberapa Peserta dari Masyarakat sekitar yang mengikuti kajian tersebut. Sementara itu pada kesempatan yang lain para Ustadz yang mengajar di Pondok Tahfidz Ihya’ul Ulum berkesempatan untuk mengaji secara langsung kepada beliau Syekh Dr. Mustafa Abu Sulaiman. Semua Ustadz tenaga pengajar hadir baik ustadz Kitab Maupun ustadz Al Qur’anya. Dan pada kesempatan itu pula Beliau Dr. Mustafa Abu Sulaiman meminta kepada semua Ustadz untuk bertalaqi secara langsung kepada Beliau.

Biografi Syekh Dr. Mustafa Abu Sulaiman 
Beliau dilahirkan di kampung Sanbakht, Aga, Mansurah Mesir pada 27 Ramadan 1374 Hijrah bersamaan 19 Mei 1955. Bapa beliau Syeikh Said Badawi Ahmad Sulaiman merupakan salah seorang dari pada ulama qiraat dan ilmu-ilmu yang lain di kampungnya. Syeikh Said Badawi juga merupakan syeikh tarikat al-Qahwajiah al-Syazuliah. Nasab keturunan beliau bersambung dengan Nabi Muhammad s.a.w melalui cucu baginda Saidina Husin.Syeikh Mustafa dilahirkan dalam keluarga yang sibuk dengan Al-Quran, ilmu,ibadah dan zikir. Meraikan para Qurra’ dan penuntut-penuntut ilmu dan menjadi khadam kepada setiap orang yang hadir ke rumah mereka. Syeikh Mustafa mempunyai 4 orang adik beradik lelaki dan beliau merupakan anak bongsu. Abang sulung beliau Syeikh Abdul Malik telah mewarisi ayahnya berkhidmat untuk Al-Quran dan tarikat sofi mengikut manhaj Al-Quran dan al-sunnah sehingga beliau wafat pada bulan Oktober 1992. Abang beliau yang kedua Muhammad merupakan seorang jurutera. Beliau telah menyertai askar Mesir dan wafat dalam peperangan Tahrir pada Oktober 1973. Abang beliau yang ketiga Ahmad Mubarak juga merupakan khadam Al-quran dan ilmu suluk. Beliau bertugas sebagai pegawai di Institut Kebajikan Mansurah. Pendidikan Syeikh Mustafa telah mengahafal Al-Quran dan matan-matan ilmu sejak kecil lagi di bawah bimbingan bapa dan abang sulungnya. Antara matan-matan yang dihafal oleh beliau: Matan Jazariah dan tuhfatul Atfal (Ilmu Tajwid), matan Ajurumiah, Alfiah Ibnu Malik dan Lamiatul Afa’l (Ilmu Nahu dan Sarf), Matan Jauharah (Ilmu Tauhid) matan Abi Syuja’ (Feqah) dan beberapa matan Qiraat. Ketika remaja Syeikh Mustafa tela memasuki sekolah sains dan mempelajari pelbagai ilmu sains tulen seperti kimia, fizik dan lain-lain. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajiannya di kuliah perubatan Universiti Al-Asriah dan telah mendapat keputusan cemerlang. Di samping itu beliau telah mendalami kitab-kitab feqh syafie, tasawuf dan ilmu-ilmu lain di bawah bimbingan ayah dan abang sulungnya. Kecintaan beliau terhadap agama telah menyebabkan beliau tidak memilih kerjaya seorang doktor, sebaliknya terus mendalami ilmu agama sehinggalah Allah memberikan beliau peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’. Di sini beliau telah memasuki kuliah Bahasa Arab dan mmperolehi keputusan cemerlang. Kemudian, beliau telah mengambil jurusan Usuludin dan Dakwah dan mendapat keputusan yang cemerlang. Setelah itu beliau telah mempelajari dan menguasai seluruh ilmu di Ma’had A’li Li Dakwah wal Fikri sehingga menjadi anak murid kebanggaan Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi. Beliau telah dicalonkan oleh Syeikh Al-Nadawi untuk mengambil PHD di Darul Nadwah dan diberikan gelaran “ Seorang yang mempunyai kealiman yang sempurana dalam Ilmu hadis” Beliau telah diberikan ijazah dan sanad dalam pelbagai bidang ilmu oleh ulama-ulama besar Hindi, Pakistan dan Bangladesh seperti Maulana Al-kandahlawi, A’llamah Habibul Rahman Al-A’zomi, Syeikh Sodiq Ahmad Al-Nadawi dan lain-lain. Setelah itu Syeikh Al-Nadawi telah memberikan pengiktirafan kepada beliau dengan memakaikan serban kepunyaannya dan memberikan ijazah ilmu suluk dan tarbiah kepada beliau.

Related Posts

Tags

Share This

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *